Saturday 22 January 2011


Petua Mengurangkan Batuk

Apabila batuk kita pasti merasa kurang selesa lebih-lebih lagi jika ketika itu kita bersama seseorang atau berada di dalam bilik mesyuarat. Orang lain sudah pasti akan meleretkan matanya melihat kita yang sedang batuk. Secara tradisionalnya terdapat beberapa cara untuk mengurangkan dan seterusnya menghilangkan batuk.


Berikut adalah di antara petua untuk mengurangkan batuk;

  • Rendamkan sedikit kerak nasi dalam air suam. Apabila telah kembang, minum airnya pada setiap pagi.
  • Rebus beberapa biji pisang masak. Setelah lembik, campurkan santan secukupnya, sedikit garam dan perasa vanila. Kacau rata dan diminum airnya.
  • Tumbuk segenggam daun pegaga hingga lumat dan tapis untuk mendapatkan airnya yang pekat. Campurkan dengan gula dan embunkan selama satu malam. Air itu hendaklah diminum dua kali dalam seminggu.
  • Campurkan dua sudu teh madu lebah asli dengan air suam. Kacau sehingga sebati dan minum air tersebut tiga kali sehari.
  • Ambil dua sudu nasi panas yang baru masak. Masukkan nasi itu ke dalam cawan dan campurkan sedikit air. Embunkan nasi tersebut selama semalaman dan minum airnya pada esok paginya.
  • Ambil sebiji limau sunkist dan buatkan lubang berbentuk pangkah di bahagian tengahnya. Masukkan gula batu di lubang tersebut. Letakkan limau tersebut di dalam periuk di tengah-tengah nasi yang telah kering dan tutup periuk tersebut. Setelah nasi itu masak, ambil buah limau tadi dan makan sambil didahului dengan selawat. Ulang setiap kali memasak nasi sehingga sembuh. Selain melegakan batuk, nasi akan berbau harum.
Perah sebiji limau nipis dan campurkan dengan sedikit madu. Minum campuran ini setiap pagi sebelum sarapan. Amalkan sehingga batuk hilang.

Menghilangkan Panau

Panau adalah sejenis penyakit kulit yang tidak menyakitkan. Namun ianya membuat kulit anda kelihatan tidak menarik. Oleh yang demikian jika anda mengalami masaalah panau, cubalah petua di bawah ini:
Ambil lengkuas atau bawang putih, gosokkan pada panau itu sehingga kulit anda terasa perit dan kemerah-merahan. Ulangi selama seminggu. Insyaallah panau anda akan beransur hilang dan kulit anda akan kelihatan lebih menarik.

Kulit perut berkedut


Elakkan kulit dibahagian perut berkedut dengan sesudu air kecil air limau nipis, sesudu air kapur sirih dan 20 titik minyak kayu putih. Gaul dan sapu pada kesan-kesan pecah dalam masa dua minggu.

Elak Mual Ketika Hamil

Untuk mengatasinya anda hendaklah minum air suam, jangan sesekali minum air yang berlemak seperti susu dan air kacang soya, makan asam sedikit-sedikit dan biskut keras satu jam sekali mungkin boleh mengatasi masalah ini.

Menghilangkan Parut


Untuk menghilangkan parut-parut yang menampakkan kesan buruk pada kulit muka atau di badan, bolehlah anda mencuba petua ini. Jika anda menggunakan kayu api untuk memasak makanan, (terutama di desa-desa) kayu api yang sedang menyala itu akan mengeluarkan buih dihujung yang tidak terbakar itu. Buih yang terdapat pada kayu api itu, hendaklah diambil dan disapukan kepada parut-parut yang terdapat di anggota badan anda. Lakukan beberapa kali.

Petua Buang Kerak di Kepala Bayi

Ambil segenggam kelapa parut yang dicampurkan dengan dua atau tiga ketul garam kasar.

Masukkan ke dalam kain perca dan ikat kemas. Ramas sedikit sehingga keluar santan. Setelah itu sapulah di atas kepala bayi dan biarkan seketika. Bukan sahaja kerak akan hilang tetapi rambut bayi akan lebat dan hitam.

Tambahan, ada beberapa cara atau petua yang boleh menghilangkan kerak kepala bayi. Antaranya

1. Mencuci lebih kerap : Kerapkan membasuh atau mencuci kepala bayi dengan syampu bayi dengan menyapu dan mengogok dengan lembut kulit kepala bayi. Bilas syampu dengan menggunakan air suam hingga bersih. Jangan tinggalkan sisa syampu di kulit kepalanya

2. Sikat dengan lembut : Sikat rambut bayi dengan lembut atau dengan menggunakan berus (khas untuk kulit kepala bayi) untuk menghilangkan kerak-kerak tersebut.

3. Gunakan minyak zaitun : Sapukan minyak zaitun di atas kepala bayi. Jangan biarkan minyak terlalu lama di atas kulit kepala bayi. Gunakan sikat untuk mengeluarkan kerak2 kepala itu.

4. Jangan tanggalkan kerak dengan mengelupasnya : Jangan sesekali menggunakan kuku untuk mengulas kerak2 di kepala bayi. Ini akan menyebabkan kulit kepala bayi luka, dan mungkin akan mengalami infeksi daripadanya.

Petua Hilangkan Ketumbit

Jika anda menghadapi masalah ketumbit atau ketumbuhan pada mata, ambil air dari pucuk bemban lalu dicampur dengan hempedu ikan haruan. Hempedu itu pula hendaklah ditumbuk halus lalu dititik ke dalam mata. Lakukan berkali-kali sehingga ketumbit itu hilang.

Hilangkan Kutu Kepala

Ambil beberapa ulas bawang putih, buangkan kulit dan tumbuk lumat. Kemudian, campur dengan minyak masak dan lumurkan pada rambut. Akhir sekali, balut kepala dengan kain selama sejam sebelum dicuci.

Tips Agar Wanita Boleh Hamil

Ramai yang ingin berumahtangga dengan pasangan yang dicintai. Setelah berumahtangga ingin mengeratkan kasih sayang berpanjangan dengan tawa riang, senda gurau dan suasana riang dan bising bersama anak2 cahaya mata dan penyejuk mata dan waris yang bakal menyambung dan memberi pahala dan mengurangi dosa kita setelah meninggal dunia nanti. Namun begitu masih ramai yang belum di beri anugerah terindah itu lagi; Cahaya Mata.

Disini, ada beberapa tips.. Insya-Allah ada hasilnya buat anda berdua.

1. Berdoa agar ISTERI cepat hamil

Sentiasalah berdoa kepada Yang Maha Esa agar di beri zuriat yang soleh atau solehah. Dan kemudian, melakukan semua tips ini, kerana Doa tanpa USAHA tiada hasilnya.

2. Lakukan hubungan intim dengan isteri ketika tahap kesuburan isteri tinggi

Tambahan, ketika tahap sensitiviti hidung isteri meningkat atau berkesan (iaitu tidak selsema atau sakit hidung). Menurut pemerhati, jika seseorang wanita dimana tahap sensitiviti hidung kepada bauan adalah tinggi, dia berada dalam keadaan subur. Jadi, jangan sia-siakan peluang ini, bercintalah dengannya. Dan jangan lupa baca doa dahulu.

3. Kesabaran yang tinggi

Diperlukan kesabaran mengatasi fakta bahawa hamil hanya 15% setiap bulan. Menurut pakar, Wanita berusia 30an k eatas memerlukan 8 bulan dan melakukan hubungan intim sebanyak 140 kali agar dapat hamil. Perlukan tahap kesabaran yang tinggi di samping berdoa selalu.

4. Kesihatan gigi dan rongga mulut

Ini adalah syarat yang PENTING jika seseorang itu menginginkan anak. Kesihatan dan kebersihan di bahagian ini hendaklah diberi perhatian. Menurut pakar, infeksi gusi (infection) adalah salah satu penyebab kelahiran pramatang atau kematian janin. Selain itu, ia berpotensi melemahkan Sperma yang akan bercantum dengan sel telur wanita. Oleh itu, jaga kebersihan dan kesihatan rongga mulut dan gigi. Tambahan, kalau mulut anda berbau, tentu pasangan anda malas untuk mencium anda kan?

5. Foreplay atau pemanasan

Ini bukan pemanasan global tetapi proses pemanasan atau “ringan2″ sebelum ‘exercise’. Menurut pakar, bagi lelaki yang melakukan foreplay sebelum ejakusi atau ‘klimaks’ akan mengeluarkan 25 juta sperma. Oleh itu, tambahkan adegan foreplay yang berkesan sebagai cara tepat agar wanita anda lebih mudah hamil.

Tip: Amalkan memakan saderi untuk meningkatkan keinginan seks.